Kami memantapkan pangkalan data, supaya anda akan memperoleh maklumat yang berkualiti.

Pengenalan


Aplikasi GeoLedang (Versi 2) merupakan satu inisiatif yang telah diusahakan oleh Majlis Daerah Tangkak bagi merakyatkan maklumat yang menggunakan perkhidmatan berasaskan Sistem Maklumat Geografi.

 

Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan capaian pelbagai maklumat geospatial yang amat diperlukan dalam perancangan dan pembangunan. Selain itu, aplikasi ini dapat membantu pihak Majlis Daerah Tangkak dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat secara atas talian bagi mendapatkan maklumat pemetaan dalam Daerah Tangkak. Aplikasi ini juga akan dapat menjadi rujukan utama kepada pelabur atau pihak stakeholder dalam melihat potensi pembangunan yang terdapat dalam Daerah Tangkak. Manfaat melalui aplikasi ini juga akan dapat menggalakkan penggunaan maklumat geospatial yang lebih meluas di peringkat daerah, negeri dan nasional. Adalah diharapkan dengan perkhidmatan yang disediakan ini akan dapat menjadi permulaan kepada perkhidmatan secara elektronik yang berasaskan pemetaan digital. 

Galeri Peta

Perkhidmatan Pemetaan / Map Services

Perancangan dan Pembangunan

Perancangan dan Pembangunan

Paparan maklumat gunatanah semasa, komited dan zon perancangan Majlis Daerah Tangkak

Keselamatan

Keselamatan

Paparan maklumat-maklumat keselamatan seperti balai polis, balai bomba dan lain-lain

Kawalan Bangunan

Kawalan Bangunan

Peta kawalan bangunan memaparkan data-data bangunan seperti bangunan strata

Landskap

Landskap

Peta landskap memaparkan data-data landskap seperti pokok teduhan Majlis Daerah Tangkak


Data Spatial

Layer-layer spatial daerah Tangkak

Aplikasi Atas Talian

Aplikasi-aplikasi atas talian Majlis Daerah Tangkak

GeoLedang

AWDIP

RMS

Hubungi Kami

Lawat Majlis Daerah Tangkak